Present Bisnes MyMode di Poly


Pada hari ini saya telah selesaikan 1 tugasan mini projek akhir. Projek ini adalah wajib bagi setiap pelajar. Tajuk tugasan mengkehendaki saya mengkaji carta organisasi syarikat.

Dengan tiada pengalaman apa-apa mengenai bisnes, saya mula mencari di google bisnes yang mudah untuk difahami. Pelbagai jenis bisnes yang saya jumpa, tetapi kebanyakannya tidak difahami konsepnya.

Akhirnya saya mengkaji semula bisnes MyMode yang sudah 7 bulan saya sertai. Mula-mula saya mencari maklumat MyMode agak sukar, sebenarnya sudah disediakan di www.asiam.com.my mengenai syarikat. Beruntung sungguh saya ini kerana saya kenal beberapai Agent MyMode (Otai MyMode) dan saya bertanya kepada mereka. Alhamdulillah sedikit sebanyak mereka membantu & memberi maklumat yang penting kepada saya. Thaks Bro.

Bantuan dari mereka amat saya hargai. Dengan maklumat yang ada, saya masih lagi blur kerana tidak tahu bagaimana hendak mulakan assignment ini. WAH!!!!!!!!! pening kepala, susah jugak assignment akhir ni.. Start dari jam 1 pagi sehingga jam 5 pagi saya membuat assignment ini. Mujur ditemankan member serumah, jika tidak dah lama tido..huhuhu...

Setelah bertungkus lumus membuat assignment bisnes ini, akhrnya siap juga pada jam 5 pagi. Pada jam 2 petang pula saya perlu bentangkan assigment tersebut di dewan. Anda bayangkan saya perlu menerangkan mengenai bisnes MyMode ini dihadapan lebih 40 orang. Apa perasaan anda?

*Jika anda tidak ada ilmu yang cukup / maklumat yang cukup tentang sesuatu bisnes, saya sarankan anda kaji dahulu selok belok bisnes tersebut dan setelah anda sendiri faham barulah anda mengajak orang lain sertai anda.

Semasa pembentangan, saya serahkan kepada rakan group saya untuk membaca bahagian yang teori, tetapi pada bahagian yang memerlukan penerangan yang lengkap, saya sendiri yang menerangkan. Syukur alhamdulillah dengan pengalaman dan tunjuk ajar dari otai-otai prepaid4u, saya dapat menjawab semua soalan.

Soalan yang ditujukan bukan dari student sahaja, malah pensyarah saya sendiri juga menyoal saya, pelbagai soalan yang ditujukan kepada saya. Argh!! agak gementar juga pada mula-mula memberi penerangan, yela anda bayangkan selama ini saya hanya memberi penerangan kepada 1-2 orang dalam satu masa, tetapi ini lebih 40 orang?.. otai-otai pernah la buat, saya ini yang baru Senior CM (rank di MyMode) inilah dalam sejarah hidup saya bersama MyMode.

Anda ingin tahu, dengan secara tidak langsung saya mendapat downline..wahahaha.. ni yang xtahan.. dahulunya tiada yang percaya & mereka juga tidak memberi peluang kepada saya untuk menerangkan mengenai MyMode ini, tetapi pada hari ini saya menggunakan peluang yang ada untuk menarik minat semua yang ada di hadapan saya pada masa itu. Syukur mereka berminat setelah diterangkan satu per satu.

Kesimpulan dari saya, kepada semua prospek & rakan-rakan blogger, jika anda ingin menyertai bisnes online @ sebagainya, anda kaji dahulu dan anda tanya kepada orang yang mengajak anda itu. Minta dia terangkan secara terperinci tentang bisnes itu, jika dia sendiri tidak dapat menerangkannya, perlu ke anda sertai dia?

Selalunya mereka yang mengajak saya menyertai program yang mereka sertai tidak memberi penerangan yang lengkap, dah tu siap suruh saya sendiri kaji sistem bisnes diorang. Ade ke patut? Ish!! dah la ajak orang, tp diri sendiri xtau ape bisnesnya.. yang tau cari downline dan biarkan downline berjalan sendiri.. inilah yang membuatkan anda hanya untung sekali. Tetapi berbeza pada saya, kerana saya masih lagi untung dari sejak saya mula menyertai MyMode sehingga ke hari ini. Inilah bisnes yang saya mahukan. Biar sedikit pendapatan tetapi semakin meningkat dan dapat selama-lamanya daripada pendapatan banyak tp dapat hanya sekali.

Anda renungkanlah. Panjang entry saya pada kali ini, terima kasih kepada mereka yang membacanya sehingga ke akhir entry, saya berikan kepada anda yang ingin menyertai saya diskaun RM15 daripada harga asal RM65. Pendaftaran hanya RM50 untuk seumur hidup. Saya bantu anda untuk berjaya dengan ilmu yang saya ada.

solehpolysas™ Group
Senior CM
www.prepaid4u.via.my



**Pelawat yang disegani:- Berikan komen anda selepas membaca artikel dan membuat sebarang trick didalam blog ini. Komen anda membolehkan saya memperbaiki dan mempertingkatkan lagi kualiti blog ini. Komen anda amat dihargai. Terima Kasih.

Related Posts by Categories



Comments by reader :

have 7 comments at “Present Bisnes MyMode di Poly”
admin said...
at date 
This comment has been removed by the author.
syaz87 said...
at date 

wah tahniah soleh...hehe yg xtahan pas present dapat downline plak..

solehpolysas said...
at date 

terima kasih syaz87, dapat peluang keemasan, jadi kita gunakan sebaik2nya..

MFR MyMode™ Group said...
at date 

Tahniah..semoga mendapat kejayaan yg tinggi lagi,

solehpolysas said...
at date 

terima kasih faqih, anda usaha lagi pasti berjaya juga, didalam dunia bisnes ini memerlukan usaha yang gigih untuk berjaya, insyaALLAH anda juga akan berjaya..

azrinamirah said...
at date 

saya pun nak cuba juga lah.

_______________________________________________
http://azrinamirah-newsblog.blogspot.com

solehpolysas said...
at date 

saya tidak faham apa yang azrinamirah katakan.. :?

Post a Comment

Komen anda amat dihargai, Terima Kasih : solehpolysas™